Selasa, 27 September 2011

Jangan Berduka Bila Di Duga.

Kehidupan penuh dugaan dan cabaran. Kesakitan,kesusahan dan kebahagian silih berganti dalam kitaran kehidupan ini. Di sinilah sifat sabar kita dituntut. Tidak mudah untuk menjadi insan yang sabar,tetapi tidak sukar juga menjadikan sabar itu sebahagian dari sikap dan amalan kita sekiranya kita benar-benar yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Apa ertinya sabar?

Pengertian sabar ialah menahan diri. Boleh juga ditafsirkan sebagai menahan sesuatu perbuatan mengikut kehendak hati serta fikiran dengan mempertimbangkan kesan-kesan sesuatu perbuatan itu setelah ia dilakukan. Sabar merupakan satu kekuatan positif yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan sepertimana yang dituntut oleh syarak. Sudah tentu dengan adanya sifat sabar mampu menambah daya kekuatan untuk kita terjerumus dalam melakukan apa yang ditegah oleh Allah S.W.T. Sabar yang sempurna ialah sabar yang tidak memperlihatkan langsung keluhan dan rintihan.

Mengapa kita diuji?

Ujian berlaku atas kemungkinan beberapa sebab seperti:

1. Akibat perbuatan manusia itu sendiri seperti menderhaka kepada Allah atau berbuat salah terhadap manusia lain.Kemungkinan ini dapat dijadikan sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa di dunia dan insan akan kembali kepada Allah dalam keadaan bersih dan suci.

2. Takdir Allah sendiri telah tersurat insan terus-terusan dirundung malang sebagai menguji keimanannya,dan kelak di akhirat ia akan diganti dengan rahmat serta keredhaanNya.

Di sisi Allah S.W.T,sabar merupakan nilai yang amat tinggi dan sifat yang paling utama perlu ada dalam jiwa insan yang beriman. Segala mala petaka ujian yang mendatang harus dihadapi dengan cara yang baik. Amalan seperti solat dan memohon doa kepadaNya merupakan amalan yang dituntut ketika dalam ikhtiar melerai kekusutan. Inilah yang dinamakan istiqamah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan