Khamis, 3 November 2011

Disaat Aku Mencintaimu.


Berhibur dengan irama yang bisa menyentuh perasaan anda. Termuat juga di ruangan ini lagu-lagu yang berunsur ketuhanan untuk santapan rohani. Bersama menghayati..

Rabu, 2 November 2011

Isu penempatan untuk graduan ISMP yang kian samar.

Kenyataan Menteri Pelajaran pada 30 Oktober lalu amat mengguris hati sebahgian besar graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP). Muhyidin yang menjawab isu berkenaan mengatakan hanya graduan dibawah KPM sahaja yang akan diberi keutamaan untuk diberi penempatan. Itu pun bukanlah diwaktu terdekat ini. Graduan lain seperti dibawah PTPTN dan sebagainya bolehlah memohon lain-lain jawatan sekiranya tidak mahu menunggu.

Jumaat, 21 Oktober 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarik...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarik...: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU ke-13? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan PRU ke-13 bakal diadakan pada ta...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu: Patut la Universiti kita ni tercorot sahaja .Bukan sahaja tak ada nama, akan tetapi tindakan tersebut juga dianggap sebagai tindakan tak ber...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untu...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untu...: Berita terkini melaporkan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari digantung tugasnya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangs...
" Wahai Allah..berikan aku hidayah Mu. Aku sering lalai dalam mengingatimu. Aku malu dan takut dengan kekhilafanku. Aku tidak mahu kembali kepada Mu dalam keadan begini..Ampuni aku wahai Allah..berikan aku ruang waktu untuk bertaubat." 

Rabu, 12 Oktober 2011

Wanita Solehah.

Wanita solehah adalah seorang isteri kepada suami..ibu kepada anak-anak dan bidadari di Syurga kelak.
Wanita solehah ibarat permata yang senantiasa berkilau meskipun dibadai taufan dan terik mentari.
Maka beruntunglah para suami,anak-anak dan ibu bapa seandainya dikurniakan dengan wanita seperti ini.

(Roxal)

Selasa, 27 September 2011

Ujian Itu Tanda KasihNya.

Apakah bentuk ujian yang Allah beri pada hambanya?

Allah menguji hambanya dengan zahir dan rohaniah dalam pelbagai keadaan seperti kecacatan anggota tubuh,penyakit,keresahan dalam jiwa,berdukacita,kematian dan sebagainya. Ujian juga didatangkan dalam bentuk kegembiraan,rezki yang melimpah ruah,harta,kesihatan yang baik,anak-anak dan isteri.

Jangan Berduka Bila Di Duga.

Kehidupan penuh dugaan dan cabaran. Kesakitan,kesusahan dan kebahagian silih berganti dalam kitaran kehidupan ini. Di sinilah sifat sabar kita dituntut. Tidak mudah untuk menjadi insan yang sabar,tetapi tidak sukar juga menjadikan sabar itu sebahagian dari sikap dan amalan kita sekiranya kita benar-benar yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Apa ertinya sabar?

Pengertian sabar ialah menahan diri. Boleh juga ditafsirkan sebagai menahan sesuatu perbuatan mengikut kehendak hati serta fikiran dengan mempertimbangkan kesan-kesan sesuatu perbuatan itu setelah ia dilakukan. Sabar merupakan satu kekuatan positif yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan sepertimana yang dituntut oleh syarak. Sudah tentu dengan adanya sifat sabar mampu menambah daya kekuatan untuk kita terjerumus dalam melakukan apa yang ditegah oleh Allah S.W.T. Sabar yang sempurna ialah sabar yang tidak memperlihatkan langsung keluhan dan rintihan.

Mengapa kita diuji?

Ujian berlaku atas kemungkinan beberapa sebab seperti:

1. Akibat perbuatan manusia itu sendiri seperti menderhaka kepada Allah atau berbuat salah terhadap manusia lain.Kemungkinan ini dapat dijadikan sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa di dunia dan insan akan kembali kepada Allah dalam keadaan bersih dan suci.

2. Takdir Allah sendiri telah tersurat insan terus-terusan dirundung malang sebagai menguji keimanannya,dan kelak di akhirat ia akan diganti dengan rahmat serta keredhaanNya.

Di sisi Allah S.W.T,sabar merupakan nilai yang amat tinggi dan sifat yang paling utama perlu ada dalam jiwa insan yang beriman. Segala mala petaka ujian yang mendatang harus dihadapi dengan cara yang baik. Amalan seperti solat dan memohon doa kepadaNya merupakan amalan yang dituntut ketika dalam ikhtiar melerai kekusutan. Inilah yang dinamakan istiqamah.